“Suami mati baru berkabung” – Dituduh Tak Hormat Tempoh Edah, Ini Respon Puteri Sarah

Entertainment
12 Jul 2023 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Puteri Sarah Liyana masih menjalani tempoh edah selepas sah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof talak satu pada 14 Jun lalu.

Namun, kecoh baru-baru ini segelintir netizen di media sosial menyelar tindakan Puteri Sarah yang berkongsi gambar-gambar di Instagram dengan berpenampilan cantik dan kemas sebagai tidak menghormati tempoh edah.

“Saya dah buat kajian”

Susulan itu, Puteri Sarah tampil memberi respon menganggap perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana dia hanya keluar bekerja sepanjang tempoh tersebut.


Puteri Sarah memaklumkan dia tidak terguris hati dengan kata-kata netizen yang mendakwa dirinya tidak menghormati tempoh edah.

Beliau mengatakan sudah membuat beberapa rujukan mengenai hukum tersebut selain turut memaklumkan bekas suaminya itu apabila dia keluar bekerja.

“Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.

“Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya keluar sebab kerja.

“Kemudian apa yang saya tahu, jika suami itu tidak meninggal (bercerai hidup) dalam tempoh tiga bulan, saya perlu maklumkan kepada bekas suami. Syamsul tahu saya sedang shooting,” jelasnya.

Sementara itu, Puteri Sarah juga merancang untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah selepas tamat tempoh edah.

Terdahulu, Datuk Yusof Haslam mempertahankan menantunya untuk tampil cantik dan bergaya walaupun dalam tempoh edah.

Yusof turut memaklumkan dia menghormati waktu dan kelapangan Sarah untuk berjumpa dengan cucu-cucunya.

Sumber: Oh Bulan!, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.