“Saya kena tipulah” – Netizen Terhibur Lihat YDP Agong, Kena Prank Dengan Lelaki Rambut Naruto

21 Feb 2023 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sifat ramah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuatkan ramai yang menyenangi baginda apabila turun padang bertemu dengan rakyat jelata.

Terbaru, tular satu video memperlihatkan situasi baginda dengan seorang lelaki yang mendapat pujian ramai.

image is not available

“Topi! Saya kena tipu la”

Menerusi video yang dikongsikan TikTok Astro Awani, baginda dilihat sedang beramah mesra sambil memberikan sumbangan kepada orang ramai di Pulau Tioman semalam.

Sultan Abdullah kemudian tertarik dengan seorang lelaki yang mempunyai rambut berwarna kelabu dan meminta lelaki berkenaan mewarnakan semula rambutnya ke warna hitam.

Ini untuk awak. Color rambut balik,” kata baginda sambil menghulurkan sekeping sampul.

Walau bagaimanapun, ternyata rambut berkenaan bukanlah rambut sebenar apabila lelaki itu mengakui ia hanyalah sejenis topi dengan rambut palsu ala-ala rambut kartun anime, Naruto.

Rambut betul ke ni? Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” kata baginda sambil menepuk dahi tidak percaya.

Orang ramai yang berada di sekeliling mereka turut terhibur melihat gelagat baginda yang bagai tidak percaya beliau sudah terkena ‘prank’.

“Bagus Agong ni layan jer dengan semua orang”

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berasa geli hati dengan situasi tersebut dan ramai juga yang memuji sikap Yang di-Pertuan Agong yang selamba melayan rakyat jelata.

image is not available

Terhibur min tengok video ni. Selamba je Agong kita layan orang sekeliling.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.