“Saya Kerja Part-Time..” – Jeon Somin Akui Alami Kesukaran Selepas Tinggalkan ‘Running Man’

LocalEntertainment
14 Dec 2024 • 9:06 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik pejam celik, dah lebih setahun Jeon So-min meninggalkan “Running Man”..

Terbaru, Jeon So-min telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Ji Suk-jin, bagi mempromosikan drama terbarunya bersama Choi Daniel.

Selain bercakap tentang kerjaya lakonannya, wanita itu turut mengaku bahawa dia mengalami sedikit kesukaran selepas keluar dari “Running Man”. Luahnya,

Secara jujur, saya sangat risau. Saya tak dapat lihat macam mana masa depan saya dan saya tak ada apa-apa kerja. Baru-baru ini juga saya baru berpindah, jadi ia sedikit membebankan dari segi kewangan. Disebabkan itu, saya bekerja sambilan di sebuah kafe.

Sambung Jeon So-min lagi,

Ada pelanggan yang ingat ia adalah sebahagian dari rakaman program hiburan dan bertanya kat mana kamera. Saya tak menutup muka saya sama sekali sebagai strategi untuk meningkatkan jualan. Gaji saya dibayar sama seperti orang lain tetapi mereka tak bagi elaun makan. Sebaliknya, mereka membelikan saya makanan. Ternyata, ia satu pengalaman yang hebat.

Sementara itu, Jeon So-min telah kembali dengan drama baru berjudul “Sorry Not Sorry”, sudah pun mula disiarkan pada 5 Disember yang lalu.

Jangan lupa sokong Jeon So-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.