Saya Kini Suami Ira, Kepada Puteri Sarah, Baliklah Tanpa Aibkan Saya - Syamsul Yusuf

Entertainment
6 Jan 2023 • 4:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Syamsul (kanan) mengumumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar. - Gambar fail

Menerusi sebuah video di laman Instagram, Pengarah Syamsul Yusof mengumumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar selepas beberapa siri kontroversi membabitkan mereka diperkatakan beberapa bulan ini.

Syamsul selamat bernikah dengan Ira berwalikan bapanya, Kazar Saisi yang juga merupakan seorang pelakon.

“Ira sah menjadi isteri saya. Saya bernikah secara sah dan bukannya di Thailand seperti yang diperkatakan. Perkahwinan itu juga telah didaftarkan,” katanya dalam video tersebut.

Syamsul turut menegaskan Puteri Sarah masih lagi isterinya dan berharap, isteri pertamanya itu akan kembali ke pangkuan keluarga.

“Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang. Tak perlu hebahkan di media sosial, berbincang tanpa perlu aibkan saya.

“Bawa anak-anak kita balik,” katanya.

Syamsul berharap agar keputusannya itu mendapat rahmat Allah dan jauh daripada segala fitnah dan niat jahat.

“Saya tak berniat membelakangkan keluarga. Saya mengharapkan doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Semoga keputusan saya dirahmati Allah. Saya tidak sempurna, adakalanya melakukan kesilapan,” jelasnya. - Getaran, 7 Disember 2023