"Saya Kini Tenang, Rasa Bahagia & Gembira" - Angeline Tan

15 Oct 2023 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Angeline Tan, 56, bersyukur kini bergelar isteri kepada pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus, 62, sekali gus berstatus Muslim selepas menjalin persahabatan baik selama 35 tahun.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini berkata, dia sekarang berasa tenang dan bahagia kerana segala urusan perkahwinan itu berjalan lancar serta dikurniakan seorang suami yang sangat baik dan penyayang.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas kurniaan-Nya kepada saya dan suami. Saya kini tenang, rasa bahagia dan gembira. Saya juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan buat kami dan hanya Allah yang membalasnya.

"Saya juga amat terharu dengan komen-komen baik dan positif daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kerana apa yang berlaku adalah aturan takdir saya dan suami yang sudah ditetapkan Allah," katanya kepada Harian Metro.

Angeline yang lebih dikenali dengan watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga menjelaskan dia juga baharu dua minggu bergelar Muslim sebagaimana dimaklumkan suaminya, Sabri iaitu pada 26 September lalu.
 








Sumber: Harian Metro



image is not available