"Saya & Kmy Kmo Tak Gaduh" - Luca Sickta

23 Sep 2024 • 10:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi rap, Luca Sickta menjelaskan hubungannya dengan rakan duet Kmy Kmo masih baik.

Menurut Luca, atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin, 35, mereka kini lebih fokus kepada keluarga memandangkan masing-masing sudah berumahtangga.

“Saya dan Kmy tidak bergaduh. Kalau kami gaduh pun hanyalah gaduh adik-beradik. Apa yang saya boleh katakan adalah hubungan saya dengan Kmy masih okay.


"Buat masa ini, kami tidak bergaduh. Cuma sekarang, kami lebih fokus kepada kehidupan masing-masing kerana sebelum ini kami terlalu kerap menghasilkan lagu, dan rasanya kami kurang meluangkan masa untuk keluarga," katanya kepada Gempak.

Meskipun mereka kini lebih fokus kepada kehidupan berkeluarga, mereka tetap meneruskan kerjasama dalam industri.


Untuk rekod, kolaborasi magis Luca Sickta dan Kmy Kmo telah menghasilkan pelbagai karya hebat tanah air antaranya 7 Nasihat, Neraca, Zuhud, Budi, Gong Nekara dan banyak lagi.

View Original Article