“Saya Kurang Sihat..”- Iman Aliff Tetap Kebal, Tewaskan El Jamari Di Pentas ONE Championship

7 Jun 2025 • 1:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat berturut-turut dalam ONE Championship, sebentar tadi.

Beraksi dalam kategori strawweight muay thai pada ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Alif, 21, menampilkan aksi agresif sepanjang tiga pusingan sebelum diumumkan menang menerusi keputusan sebulat suara ke atas petarung Maghribi, Elmehdi El Jamari.

image is not available

Iman Aliff Tetap Kebal

Walaupun berdepan masalah kesihatan menjelang pertarungan, Alif tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mengendurkan asakan.

Sebaliknya, dia tampil bertenaga dan penuh taktikal, menguasai hampir keseluruhan pertarungan dengan kombinasi pukulan dan tendangan yang konsisten.

“Saya kurang sihat hari ini, jadi saya terpaksa ubah perancangan. Tapi saya cuba untuk tetap menghiburkan penonton hari ini,” kata Alif selepas diumumkan sebagai pemenang.

image is not available

Kemenangan itu adalah yang keempat berturut-turut buat Alif sejak Ogos tahun lalu, termasuk kejayaan bergaya menerusi knockout di pusingan pertama ke atas wakil Russia, Shamil Adukhov pada 8 Februari lalu.

Sejak menyertai ONE Championship pada April 2023, Alif kini mengumpul lapan kemenangan daripada 10 pertarungan yang merupakan satu rekod membanggakan untuk petarung muda negara itu.

image is not available

Kejayaan Alif turut menjadi penawar kepada kekecewaan peminat muay thai tanah air selepas rakan senegara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, tewas kepada petarung Colombia Amerika, Diego Paez menerusi keputusan split decision dalam pertarungan lebih awal.

Sumber: IG Iman Aliff