‘Saya lepaskan adik-adik dahulu...’ – Norman jawab isu projek solo, kongsi KRU buka ruang kerjasama, niaga buat artis

LocalEntertainment
20 Aug 2026 • 5:53 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Saya lepaskan adik-adik dahulu...’ – Norman jawab isu projek solo, kongsi KRU buka ruang kerjasama, niaga buat artis

KETIKA adik-adiknya, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim, masing-masing sudah mempunyai projek solo, Datuk Norman Abdul Halim dilihat masih selesa mengambil pendekatan untuk memberi laluan kepada mereka terlebih dahulu.

Ditanya mengenai bilakah beliau bakal muncul dengan projek solo, Norman secara berseloroh berkata, dirinya lebih senang melihat adik-adiknya mendahului sebelum tiba gilirannya.

“Saya lepas ke adik-adik. Biasalah dulu saya nak mereka kahwin cepat, kahwin dulu daripada saya. Saya yang terakhir, kan.

"Jadi sama juga lah, kalau ada apa-apa projek solo ini, biar mereka yang lepas dulu,” katanya.

Norman berkata demikian ketika ditemui SinarPlus pada majlis pelancaran Temasya Aneka di Aneka Walk, Seksyen 14, Shah Alam, yang menghimpunkan 18 acara kendalian KRU Entertainment.

Bercerita mengenai projek dan aktiviti yang dibawakan KRU menerusi ruang berkenaan, Norman mahu masyarakat melihat KRU dalam skop yang lebih luas, bukan hanya tertumpu kepada tiga beradik berkenaan.

“Jangan lihat KRU ini kami bertiga saja. KRU ini besar. Dengan artis kami buat kerjasama, dengan filem-filem yang ada.

"Oleh itu, ia tak semestinya terhad kepada kami bertiga saja,” ujarnya.

Image from: ‘Saya lepaskan adik-adik dahulu...’ – Norman jawab isu projek solo, kongsi KRU buka ruang kerjasama, niaga buat artis

Membina komuniti

Pada masa sama katanya, KRU juga terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai artis dan penggiat industri, termasuk memberi ruang kepada mereka mengadakan persembahan, menjalankan perniagaan atau membuka gerai ketika acara berlangsung.

“Saya berharap ramai lagi rakan-rakan artis pernah atau akan menggunakan ruang ini untuk memajukan kerja masing-masing.

"Bila ada peluang sebegini, bolehlah buat pelbagai program untuk bekerjasama dengan pelbagai artis,” katanya.

Image from: ‘Saya lepaskan adik-adik dahulu...’ – Norman jawab isu projek solo, kongsi KRU buka ruang kerjasama, niaga buat artis

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Mahmud Abbas berkata, pembangunan Aneka Walk turut dirancang bagi membina komuniti peniaga serta membuka lebih banyak peluang ekonomi, khususnya kepada usahawan Bumiputera.

Menurutnya, lokasi yang dikelilingi pusat beli-belah, Kompleks PKNS, Taman Tasik Shah Alam, hotel dan pusat perdagangan memberi kelebihan untuk menarik orang ramai.

“PKNS bina Aneka Walk ini untuk menarik orang datang. Dengan adanya Aneka Walk, ia bukan sahaja dibina untuk orang datang dan menikmati suasana, tetapi untuk membina masyarakat peniaga dengan pelbagai aktiviti,” katanya.

Temasya Aneka turut mengangkat seni dan budaya tempatan menerusi persembahan seperti wayang kulit dan joget lambak, selain menjadi ruang pertemuan untuk komuniti serta usahawan.

Image from: ‘Saya lepaskan adik-adik dahulu...’ – Norman jawab isu projek solo, kongsi KRU buka ruang kerjasama, niaga buat artis

Mahmud berkata, program berkenaan akan diteruskan pada 2027 menerusi kerjasama PKNS dan KRU Entertainment.

Aneka Walk yang merupakan sebahagian daripada pembangunan SA Sentral mempunyai keluasan 4,500 meter persegi sepanjang 300 meter, mampu menampung sehingga 3,000 pengunjung dan menyediakan 150 lot niaga untuk sektor makanan, fesyen, kraf, seni serta muzik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved