“Saya Mahu Berubah” – Amar Asyraf Berhenti Berlakon, Serba Salah Pegang Heroin Wanita

Entertainment
4 Mar 2024 • 12:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
amar berhenti berlakon

Siapa ingat lagi dengan pelakon Amar Asyraf? Bagi peminat drama Melayu tempatan, Amar boleh dikira top juga lah satu ketika dahulu.

Dia pernah menjadi hero drama popular iaitu Setia Hujung Nyawa bergandingan dengan pelakon cantik, Nelydia Senrose.

Terbaru, Amar rupa-rupanya sudah lama meninggalkan dunia seni. Lakonan terakhir yang ditayangkan di televisyen adalah Perempuan Itu yang menjalani penggambaran pada 2021.

Punca berhenti berlakon

image is not available

Pelakon ini nekad berhenti berlakon kerana mahu berubah. Dia sedar lakonan bukan lagi jiwanya selepas rasa bersalah memegang bahu heroin Perempuan Itu iaitu Mimi Lana.

image is not available
Foto: mStar

Menerusi drama terakhir saya ada babak seolah-olah saya pegang bahu Mimi Lana dan walaupun tidak bersentuhan tapi saya betul-betul rasa bersalah.

Memang sebelum ini saya ada berlakon bersentuhan dan berpelukan dengan pelakon wanita tetapi sekarang saya mahu berubah.

Kata Amar, selepas penggambaran drama itu dia mula menolak tawaran penggambaran atau sebarang program tv yang memerlukan dia di depan kamera.

Selesa hidup sederhana macam orang biasa

image is not available

Amar tidak menolak penghijrahan mendalami ilmu agama menyebabkan dia nekad dengan keputusan tersebut. Sekarang ini, Amar aktif berniaga dan langsung tak ada rasa rindu dengan dunia seni.

Kehidupannya kini lebih sederhana tanpa perlu memikirkan penampilan dan boleh makan di mana-mana je.

Kredit: mStar | Instagram Amar Asyraf

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved