Saya mahu kahwin lagi sebab nak anak, tolong doakan – Fazura

LocalEntertainment
7 Dec 2025 • 1:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga kerana masih menyimpan hasrat untuk menambah cahaya mata.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkongsi hasrat tersebut ketika berbual bersama peminat di sebuah ekspo di Singapura.

image is not available

“Saya mahu berkahwin lagi sebab saya mahukan anak lagi. Tolong doakan saya,” katanya kepada peminat berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

‘Saya mahu kahwin lagi sebab nak anak’

Sepanjang festival berlangsung, video yang memaparkan Fazura melayani peminat serta menyantuni rakan selebriti tular di media sosial, sekali gus mencuri perhatian ramai yang memuji sikap rendah dirinya.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) itu turut dilihat mengunjungi reruai rakan-rakan selebriti bagi memberi sokongan.

image is not available

Antara reruai selebriti yang dikunjunginya ialah Rita Rudaini, Roslan Shah, Dynas Mokhtar, Ifa Raziah, Reen Rahim dan Shuk Sahar.

Ketika bertemu Rita Rudaini, Fazura turut meluahkan rasa kagumnya terhadap ketabahan pelakon itu.

Ya Allah wanita kuat ini. Bangga dengan kamu,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Fazura serah jodoh pada tuhan, mahu suami tahu agama dan bertanggungjawab

Untuk rekod, Fazura sah bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar), IG Fazura