“Mana Saya Boleh Halang, Itu Ayah Mereka” – Rebecca Nur Al-Islam Kongsi Keadaan Selepas Bergelar Ibu Tunggal

EntertainmentFamily & Parenting
1 Dec 2025 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Rebecca Nur Al Islam, 39, mengakui sedang membiasakan diri dengan kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tujuh anak selepas melalui fasa perceraian baru-baru ini.

Menurut Rebecca, keutamaan utamanya kini adalah memastikan anak-anak stabil dari segi emosi, dan kerana itu dia perlu sentiasa kuat tanpa membiarkan dirinya tenggelam dalam kesedihan.

Advertisement

View this post on Instagram

Seperti yang anda tahu, saya baru menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata dan perlu membiasakan diri.

Allah bagi kita tanggungjawab yang lagi besar, jadi kita tak boleh pentingkan diri sendiri.

Apabila berlakunya perpisahan antara saya dengan bekas suami, saya kena kuatkan diri. Kalau saya lemah, sedih, patah semangat… kasihan pada anak-anak saya.

Walaupun sudah membawa haluan masing-masing, pelakon filem Embun itu menegaskan bahawa dia dan bekas suami tetap komited dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Kita cuba yang terbaik sebagai keluarga. Ayah mereka okey saja dengan anak-anak. Mana boleh saya halang, itu ayah mereka.

Rebecca turut berkongsi harapan agar anak-anak sentiasa sihat dan membesar dengan baik, sambil mengakui dia sering risau jika ada antara mereka jatuh sakit.

Dalam masa sama, Rebecca menitipkan pesanan buat ibu tunggal lain agar tidak membuka aib bekas pasangan, demi menjaga maruah dan emosi anak-anak.

Paling penting jangan cerita aib pasangan. Bila awak mengata bekas pasangan, awak sebenarnya mengata diri anak-anak juga.

Kita bercerai tetapi masih ada anak. Allah Maha Kaya, saya percaya Allah akan beri yang baik untuk kita.

Untuk rekod, rumah tangga Rebecca dan Datuk Nur Azman Sulaiman berakhir selepas 18 tahun bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-12-01 10:45:18

"Uqasha, 'Kacip' Tu Apa Ya?" - Respon Uqasha Senrose Terhadap Individu Ini Jadi Tumpuan Ramai

The post “Mana Saya Boleh Halang, Itu Ayah Mereka” – Rebecca Nur Al-Islam Kongsi Keadaan Selepas Bergelar Ibu Tunggal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.