Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mengakui dia lebih selesa menjadi ibu mentua yang santai dan tidak gemar mencampuri urusan rumah tangga anak serta menantunya.
Mesra disapa Che Ta, pelakon berusia 53 tahun itu berkata, dia tidak pernah menetapkan pelbagai syarat kepada anak sulungnya, Ammar Effendy dan menantu, Auni Yasmin setiap kali mereka pulang ke rumah.
“Saya mak mentua dari syurga. Saya jenis yang okey sahaja. Sepanjang mereka berkahwin, baru hujung minggu ini mereka balik rumah saya. Kebetulan pula saya tiada di rumah, Ammar pun sibuk dengan kejohanan golf.
“Saya jadi mak mentua yang santai sebab bekas mak mentua saya dahulu pun sangat santai. Dia ada pembantu rumah, kita nak basuh pinggan pun dia kata tak mengapa, biar pembantu uruskan,” katanya kepada Kosmo! Online.
Menurut Che Ta, dia lebih mengutamakan keselesaan anak dan menantunya berbanding mengenakan pelbagai peraturan apabila mereka berkunjung ke rumah.
“Kalau cuti, nak bangun lambat, bangunlah. Tiada apa pun hendak dibuat di rumah saya. Bukan nak kena cuci kolam pun.”
“Saya cuma cakap buat apa yang menggembirakan diri sendiri. Kalau suami tiada di rumah, nak memasak atau tidak, nak tidur sampai lewat pun tiada masalah,” ujarnya.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berkata, dia lebih banyak memberi nasihat kepada Ammar kerana percaya kebahagiaan rumah tangga banyak bergantung kepada peranan seorang suami.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Che Ta mengakui dia masih dalam proses menyesuaikan diri selepas Ammar mendirikan rumah tangga. Katanya, dia kadangkala berasa sayu apabila melihat bilik anak lelakinya yang kini kosong.
Untuk rekod, Ammar dan Auni mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober tahun lalu sebelum selamat bergelar suami isteri pada 26 Jun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hidap Penyakit Autoimun, Pelakon Lydia Ibtisam Kini Kritikal Di Hospital
The post “Saya Mak Mentua Dari Syurga” – Che Ta Pilih Jadi Mentua Santai, Tak Suka Campur Urusan Rumah Tangga Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



