“Saya Malu Bila..” – Akui Banyak Hadapi Cabaran, Byun Wooseok Imbau Memori Ketika Jadi Model

20 Jun 2024 • 10:30 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Byun Woo-seok telah menceritakan cabaran dan kesukaran yang pernah dilalui semasa bergelar model dahulu.

Terbaru, Byun Woo-seok telah ditemu bual oleh majalah terkenal, “Harper’s Bazaar Korea”, di mana pelakon lelaki itu telah menceritakan pengalamannya semasa bergelar model.

Dalam video itu, pelakon “Lovely Runner” tersebut berkata,

Sejujurnya, dulu saya kurus sangat-sangat dan setiap kali saya lihat penampilan diri sendiri, mesti saya rasa malu.

Tambahnya,

Tapi sebenarnya sebab utama kenapa saya kurus ialah kerana saya banyak kali tak makan hanya untuk sertai ujibakat sebagai model. Saya juga tak ada duit yang cukup untuk beli makanan dan naik teksi pada masa itu.

Sambungnya lagi,

Saya ingat lagi yang saya pernah jalan lebih 8 jam setiap hari selama 2 minggu dekat Minggu Fesyen Milan hanya untuk menyertai ujibakat sebagai model peragaan buat jenama-jenama terkenal.

Banyak cabaran Byun Woo-seok untuk berjaya kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.