“OMG” – Raih 1.9 Juta Tontonan, Babak Intim Byeon Wooseok Dengan Pelakon Wanita Ini Tular

Entertainment
15 Jun 2024 • 12:05 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Semakin dikenali kini, ramai peminat nampaknya telah ‘menggali’ semula semua projek lama Byeon Woo-seok.

Terbaru di laman X, seorang peminat telah memuat naik babak intim Byeon Woo-seok dalam filem “Soulmate”, yang tular dengan 1.9 juta tontonan setakat ini.

Khususnya dalam adegan itu, lelaki tersebut tampil tidak berbaju dan sedang berciuman dengan Go Ha-eun iaitu watak yang dibawa oleh Jeon So-nee dalam filem berkenaan.

Bagi yang belum tahu, “Soulmate” adalah filem yang dikeluarkan pada 2023, menceritakan tentang dua gadis yang kali pertama bertemu pada usia 13 tahun dan mula menjadi kawan sejak itu. 14 tahun kemudian, mereka berkongsi pengalaman dalam persahabatan dan percintaan.

Sebelum ini, filem tersebut dilapor akan ditayangkan semula di pawagam kerana populariti Byeon Woo-seok yang naik mendadak selepas membintangi “Lovely Runner”.

Korang pernah layan tak filem ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.