"Saya Masih Ada Parut" - Berat Hanya 56KG, Bekas Peserta Miss USA Dakwa Dipaksa Sedut Lemak

16 Nov 2026 • 10:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

"Saya Masih Ada Parut" - Berat Hanya 56KG, Bekas Peserta Miss USA Dakwa Dipaksa Sedut Lemak

Bekas peserta pertandingan ratu cantik Miss USA, Brittany Mason mendedahkan pengalaman pahit apabila mendakwa pernah menerima tekanan untuk menjalani prosedur sedut lemak atau liposuction ketika masih remaja.Lebih mengejutkan, wanita yang kini berusia 40 tahun itu mendakwa perkara tersebut berlaku walaupun dia sudah memiliki susuk tubuh yang langsing.Memetik laporan Wolipop, Brittany ketika itu mempunyai ketinggian 178 sentimeter dengan berat sekitar 56 kilogram, selain mengenakan pakaian bersaiz dua atau kira-kira XS.Bagaimanapun, dia mendakwa masih diminta mengurangkan lemak badan bagi memenuhi standard penampilan yang ditetapkan dalam dunia pertandingan ratu cantik.“Saya masih mempunyai parut akibat prosedur itu,” katanya kepada Page Six.Dedah Pengalaman Dalam Dokumentari Miss UniversePendedahan Brittany kembali mendapat perhatian susulan kemunculannya dalam dokumentari berjudul Crown of Deceit: Inside the Miss Universe Scandal.Menerusi dokumentari berkenaan, dia berkongsi pengalaman mengenai tekanan yang didakwa berlaku di sebalik dunia pertandingan ratu cantik.Untuk rekod, Brittany pernah memenangi gelaran Miss Indiana USA 2008 sebelum mewakili negeri tersebut dalam pertandingan Miss USA pada tahun yang sama.Pertandingan Miss USA ketika itu merupakan sebahagian daripada organisasi Miss Universe.Brittany turut mendedahkan bahawa pengalaman menyertai pertandingan berkenaan membuatkan dirinya berasa berada dalam persekitaran yang tidak sihat.Malah, dia mendakwa pernah berasa seolah-olah dimanipulasi oleh individu dewasa dalam lingkungan pertandingan tersebut.Bagaimanapun, Brittany menjelaskan bahawa dia masih belum dapat mendedahkan segala butiran mengenai pengalaman berkenaan.“Saya masih belum boleh bercakap lebih lanjut. Sebenarnya, saya sangat mahu menceritakan semuanya.“Saya berharap dalam masa terdekat saya akan mendapat kebenaran sepenuhnya untuk mendedahkan segala-galanya,” katanya.Dakwa Ada Bekas Finalis Takut BersuaraMenurut Brittany, beberapa bekas finalis Miss USA dan Miss Universe sebenarnya mahu tampil berkongsi pengalaman masing-masing dalam dokumentari tersebut.Namun, dia mendakwa sebahagian daripada mereka bimbang terhadap keselamatan diri, selain terikat dengan perjanjian kerahsiaan atau Non-Disclosure Agreement (NDA).Kini, Brittany masih aktif dalam bidang peragaan dan turut menjadi jurulatih kepada peserta pertandingan ratu cantik menerusi The Mason Model.Dia juga lantang memperjuangkan perubahan dalam industri tersebut, khususnya berkaitan perlindungan kontrak dan kebajikan peserta.Pendedahan berkenaan sekali gus mencetuskan persoalan mengenai tekanan terhadap penampilan fizikal serta standard kecantikan yang dihadapi peserta pertandingan ratu cantik.Sumber: Page Six

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved