Pelakon terkenal, Deanna Yusoff tampil menjelaskan dirinya masih beragama Islam selepas timbul persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai status agamanya susulan sudah lama tidak muncul dalam industri seni tanah air.
Aktres berusia 59 tahun itu berkata perbezaan gaya hidupnya dipengaruhi latar belakang keluarga berdarah campuran Melayu dan Switzerland.
Tidak pernah terfikir untuk menukar agama
Menurut Deanna, soal agama merupakan perkara peribadi antara dirinya dengan Tuhan. Pelakon itu turut menegaskan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menukar agama hanya kerana kini menetap di luar negara.
Jadi, saya harap orang tidak keliru. Saya masih Islam dan mempunyai ramai kawan Melayu yang saling menghormati antara satu dengan yang lain.

Deanna berharap agar masyarakat tidak lagi membuat andaian mengenai pegangan agamanya.
Rindu kembali berlakon
Dalam perkembangan lain, Deanna yang kini menetap di Singapura turut mengakui merindui dunia lakonan tanah air.
Meskipun masih menerima tawaran berlakon daripada penerbit Malaysia dan Singapura, kekangan masa menyebabkan beberapa tawaran terpaksa ditolak.
Bagaimanapun, pelakon filem Chermin itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon sekiranya ditawarkan watak yang sesuai, mencabar dan mampu memberikan inspirasi kepada golongan wanita seusianya.
View this post on Instagram
Lebih selesa menjaga privasi
Deanna turut menjelaskan bahawa sejak dahulu lagi, dia bukanlah seorang yang gemar berkongsi mengenai kehidupan peribadi mahupun keluarganya kepada umum.
Meskipun memahami tugas wartawan dalam mendapatkan perkembangan terkini golongan selebriti, dia lebih selesa untuk tidak mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerjayanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Daniel Isytihar Taubat 2.30 Petang Ini, JAIS Buat 'Live' Di Facebook & Jemput Orang Ramai Tonton
The post ‘Saya Masih Islam’ – Deanna Yusoff Harap Masyarakat Henti Buat Andaian Tentang Pegangan Agamanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






