”Saya Memang Dah Sendu” – Zarina Anjoulie Akui Buat Video Dengan ‘Hot Daddy’

EntertainmentLifestyle
21 Aug 2025 • 2:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zarina Anjoulie Anju Hot Daddy

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian selepas muncul dalam sesi siaran langsung di media sosial. 

Menerusi Tiktok, Anju tampil menjawab pelbagai soalan panas daripada netizen dan mengakui dirinya kini tidak lagi popular dan sering menjadi mangsa kecaman.

Yang benci saya, selalu kecam saya, jadi saya datang sini bawa diri buat video dengan Daddy Ash.

“Betul, Anju memang dah sendu” – Zarina Anjoulie

@awek.viral6

anju dh sendu tu yang anju kerja bgn daddy ash buat video “ #daddyash #talentbaru #anju

♬ bunyi asal – awek viral – awek viral

Lebih mengejutkan, Anju sendiri mengakui status kariernya yang sudah merundum.

Betul, sendu. Anju memang dah sendu. Sebab tu Anju buat video, harap korang support siapkan RM300.

Kenyataan itu membuatkan ramai peminat tertanya-tanya sama ada ia sekadar gurauan, sindiran atau benar-benar serius.

Netizen simpati, tapi ada yang sangka strategi marketing

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan bimbang dengan pengakuan terbuka itu. 

Namun begitu, ada juga yang berpendapat kenyataan Anju mungkin sekadar strategi pemasaran bagi menarik perhatian serta meraih sokongan peminat.

Pssttt! Dalam dunia hiburan, populariti datang dan pergi. Apa yang penting, jangan sesekali hilang keyakinan diri. Rezeki akan tetap ada selagi kita terus berusaha.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.