Saya Memang Meminati Daiyan Trisha - Hun Haqeem Akui Teruja Diganding Dengan Aktres Dan Penyanyi Berbakat Besar Itu

30 Jun 2023 • 8:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hun Haqeem semasa penggambaran siri ‘W: Two World’ - Gambar Instagram Hun Haqeem

“Saya memang meminati dia  kerana dia seorang aktres yang berbakat yang besar, malah saya berasa kagum dengan bakatnya dalam bidang nyanyian”. 

Demikian pengakuan dibuat pelakon Hun Haqeem mengakui sudah lama meminati dan ada hasrat ingin berganding bersama pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.

Menurut Hun, kini dia berasa teruja sangat apabila hasratnya ingin bergandingan bersama pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tercapai dalam siri ‘W: Two World’ yang bakal ditayangkan November nanti.

“Jujurnya ketika saya dimaklumkan bahawa saya akan akan bergandingan dengan Daiyan, saya masih tidak percaya sehinggalah hari pertama barisan pelakon berkumpul untuk membaca skrip.

“Saya mengakui memang ‘memuja’ Daiyan sebagai pelakon wanita yang berani membawa diri menjadi model, dalam masa yang sama aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan,” katanya kepada Getaran.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

Hun berkata, berpeluang berganding sebagai hero dan heroin bersama Daiyan dalam sebuah drama kelak memang satu impiannya sejak dahulu.

Jadi ketika kali pertama dia berlakon bersama pelakon berkenaan dalam drama siri arahan Datuk Yusri Abdul Halim itu, Hun mengakui dirinya masih teruja dan kagum.

Menurut Hun, ketika di lokasi penggambaran, Daiyan adalah pelakon yang membuatnya rasa selesa walaupun baru pertama kali berlakon bersama.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

“Daiyan seorang yang rajin dan berdisiplin sebagaimana kita melihat dia media sosialnya, begitulah realiti.

“Saya selalu tidak bawa skrip ketika penggambaran, mujur ada Daiyan memberi saya pinjam skripnya dan dari situ saya dapat melihat dia seorang yang baik dan tidak lokek.

“Malah, walaupun kami baru kenal, tetapi saya mengakui Daiyan pandai mengeluarkan topik berborak dan membuang suasana janggal,” ujarnya.

Gandingan Hun dan Daiyan sebagai teraju dalam sebuah naskah terbitan Viu yang berjudul ‘W : Two Worlds’ merupakan adaptasi daripada drama popular Korea Selatan. – Getaran, 30 Jun 2023