'Saya memilih untuk berduka dengan cara berbeza’ – Syed Saddiq

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 10:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya memilih untuk berduka dengan cara berbeza’ – Syed Saddiq
Syed Saddiq menggambarkan Allahyarham sebagai seorang wanita yang sepanjang hayatnya sentiasa berusaha membuatkan insan di sekeliling berasa dihargai, disayangi dan istimewa.
Image from: 'Saya memilih untuk berduka dengan cara berbeza’ – Syed Saddiq
Syed Saddiq berkongsi gambar kenangan bersama Tun Dr Hasmah.
Image from: 'Saya memilih untuk berduka dengan cara berbeza’ – Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, pemergian Tun Dr Hasmah mengingatkan masyarakat kepada kisah kasih antara dua insan yang saling melengkapi sepanjang perjalanan hidup mereka.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih untuk mengenang Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali bukan hanya dengan air mata, sebaliknya meraikan kehidupan, kasih sayang dan legasi yang ditinggalkan tokoh berkenaan.

Menurutnya, setiap insan mempunyai cara berbeza dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dan yang paling penting adalah niat di sebalik cara seseorang memilih untuk berkabung.

"Kita semua berduka dengan cara yang berbeza. Kita semua melalui kesedihan dengan cara tersendiri.

"Yang paling penting adalah niat. Kerana akhirnya, ini bukan tentang kita," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

**media[3662897]**

Syed Saddiq berkata, pemergian Tun Dr Hasmah turut mengingatkan masyarakat kepada kisah kasih antara dua insan yang saling melengkapi sepanjang perjalanan hidup mereka.

"Ini tentang kisah cinta luar biasa dua insan yang tidak dapat dipisahkan, dua insan yang saling melengkapi sepanjang perjalanan hidup.

"Dan mungkin apabila perkataan cinta tidak lagi cukup untuk menggambarkannya, ia menjadi sesuatu yang lebih mendalam iaitu teman hidup, teman seperjuangan dan teman hingga ke penghujung usia," ujarnya lagi.

**media[3662899]**

Beliau turut menggambarkan Allahyarham sebagai seorang wanita yang sepanjang hayatnya sentiasa berusaha membuatkan insan di sekeliling berasa dihargai, disayangi dan istimewa.

Katanya, Allahyarham juga terus menabur bakti kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang atau siapa mereka.

"Jadi, saya memilih untuk berduka dengan cara yang berbeza.

"Saya memilih untuk mengenang Tun bukan hanya dengan air mata, tetapi dengan meraikan kehidupan yang beliau jalani, kasih yang beliau berikan dan dakwat kekal yang beliau tinggalkan dalam lembaran sejarah Malaysia serta dalam hati kita semua," katanya.

Mengakhiri hantaran itu, Syed Saddiq turut menitipkan ucapan selamat beristirahat buat Allahyarham.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved