“Saya Mendoakan Penyelesaian Baik..” – Noh Salleh Tiba Di Mahkamah Pagi Tadi, Mizz Nina Diwakili Suami

5 Feb 2024 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mahu menyelesaikan isu berkait kes penjagaan anak angkatnya bersama bekas isteri, Mizz Nina, penyanyi Noh Salleh telah tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pukul 8:50 pagi tadi.

Ingin penyelesaian baik

Menurut sumber, Noh telah hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadiri prosiding Sulh yang difailkan oleh Mizz Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman, bagi hak penjagaan anak angkatnya, Musa.

InsyaAllah, saya mendoakan penyelesaian yang baik.

Diwakili suami

Pada masa yang sama, menurut peguam iaitu Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Mizz Nina, anak guamnya itu tidak hadir hai ini sebaliknya diwakilu oleh suaminya, Essam Muhammad.

Terdahulu, Mizz Nina sempat menyatakan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu telah membawa keluar anak angkatnya tanpa kebenaran dan pengetahuannya. Namun, hal tersebut disangkal oleh Noh yang mengatakan bahawa dirinya telah pun mendapat kebenaran dari ibu kadung Musa untuk menjaganya.

image is not available 1 week ago

"Ibu Kandung Ada Hak Minta Noh Padam Foto Musa" - Peguam Ulas Isu Anak Angkat Mizz Nina Dan Noh