“Saya Menerima Dan Sedia Berdamai Dengan Takdir…” – Nora Ariffin Pilih Jalan Matang, Enggan Berbalah Dengan Keluarga

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin lebih memilih untuk berdiam dan bersikap lebih matang apabila berdepan dengan kontroversi yang melibatkan keluarga suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin berkata dia mengikuti nasihat suami yang memintanya untuk fokus pada kehidupan mendatang dan tidak terlalu beremosi.

image is not available

Nora turut menyifatkan hubungannya bersama madu merupakan takdir tertulis yang perlu diredakan.

Suami pesan untuk saya fokus dengan apa yang saya lakukan dan buat dengan cara sepatutnya melalui undang-undang, bukan dengan emosi dan saling membalas.

 

Menjadi orang lebih matang jangan melayan sangat. Saya pun sebenarnya sudah lama reda dengan semua yang berlaku (hubungan bersama madu).

 

Saya menerima dan saya bersedia berdamai dengan takdir jadi kadang kala ada benda yang boleh dipilih. Aturan hidup bukan kita yang tentukan kerana kita hanya merancang.

Memetik dari Mstar, penyanyi itu turut berkata dia kini berada dalam fasa bersyukur dengan setiap perkara yang dilaluinya tidak kira sama ada ujian mahupun kebahagiaan.

image is not available

Alhamdulillah saya bersyukur, suka atau duka saya tetap bersyukur. Kalau dilanda ujian pun saya bersyukur kerana ia mengingatkan saya semula.

Dia turut memberitahu dia kini memilih untuk mengabaikan sebarang komen negatif berkaitan dirinya di media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.

Kata Nora orang terdekat juga kerap menasihatinya untuk tidak mempedulikan kata-kata yang boleh menggangu fokus dan emosinya.

image is not available 2 weeks ago

Anak Tiri Rancang Nak Dedahkan Rakaman Suara Maki Hamun, Nora Ariffin Dah 'Standby' Dengan Peguam