“Saya Menyesal..” – Hilang Hampir 3 Tahun, Lucas Bekas Ahli NCT Tampil Luah Perasaan Sepanjang ‘Hiatus’

Music
26 Feb 2024 • 11:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Lucas telah meluahkan perasaannya selepas terpalit dengan kontroversi yang hampir menghancurkan kerjayanya.

Baru-baru ini, Lucas bekas ahli NCT telah mengeluarkan satu video dokumentari di mana dia telah membuka pelbagai cerita mengenai dirinya, termasuk kontroversi yang dialaminya.

Katanya,

Saya tidak keluar dari bilik saya selama 6 bulan. Saya tak rasa nak lakukan apa-apa dan saya juga banyak berfikir sehingga rambut saya gugur.

Tambahnya,

Saya selalu fikir yang semua ini ialah salah saya. Saya rasa menyesal dan macam nak pergi tinggalkan dunia ini. Jika saya tak buat perkara itu mesti semua ini tak akan terjadi.

image is not available

Selepas video itu dikeluarkan, rata-rata peminat telah bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi tersebut serta menghantar pelbagai mesej dan komen sebagai tanda sokongan terhadap Lucas.

Malah, video itu juga telah mendapat jutaan tontonan daripada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan bekas ahli NCT tersebut.

Kesian Lucas…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.