
Tular di media sosial sejak semalam kisah bayi berusia 4 bulan dikenali sebagai Handzalah meninggal dunia ketika dibawah jagaan taska.
Si ibu meluahkan rasa kecewa kerana taska seolah-olah lepas tangan dan langsung tidak meminta maaf di atas apa yang berlaku.
Anak 4 bulan meninggal dunia di taska
Ibu juga dikatakan terus dibuang daripada kumpulan WhatsApp taska begitu je. Dakwa si ibu, anaknya diabaikan penjaga di taska menyebabkan anak meninggal dunia.
Sedih gila baca apabila anak baru 4 bulan hantar ke pusat asuhan sihat & bernyawa tapi dapat voice note dr tempat asuhan anak dah tak bernyawa !!
Tolonglah bantu parents ni dpt keadilan daripada taska asuhan yg tiada hati perut ni !#justiceforhandzlah pic.twitter.com/ma5HqS7VLU
Kejadian tular menyebabkan ada netizen tidak sensitif menyalahkan si ibu yang bekerja dan meninggalkan bayi di taska.
Ibu babah minta maaf terpaksa bekerja, mahu anak hidup selesa
Ibu menerusi hantaran di Instagram meminta maaf sekiranya ada pihak merasakan ibu bapa yang bersalah.

Dia memohon ibu bapa tidak dipersalahkan kerana dia sudah mencuba sehabis baik. Dia terpaksa bekerja kerana mahu menyediakan kehidupan selesa buat anak-anak.
Kami suami isteri anak yatim piatu. Kami tak dapat nak hantar rumah mentua untuk jagakan cucu. Saya minta maaf kalau ada yang rasa ini salah kami ibu bapa.
Dalam pada itu, ibu memaklumkan pihak taska begitu tenang di saat anaknya sudah tidak bernafas. Sedangkan dia yang sedang memandu terketar-ketar merayu meminta ‘update’ mengenai anak.

Menurut ibu, pihak taska akhirnya tampil memohon maaf selepas isu viral di media sosial. Taska dalam penjelasannya memberitahu memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk mengesan punca kejadian dan sebab kematian bayi.
Taska mohon maaf selepas diviralkan

Taska dikatakan tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kerana akan mengganggu siasatan pihak polis. Jelasnya lagi, tiada seorang pun di taska tidak berduka dengan kejadian yang menimpa bayi Hanzalah.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram yyunirahman



