“Saya minta maaf..” – Suspek Ugut Keluarga Harith Iskander Dipenjara 5 Bulan

LocalEntertainment
31 Jan 2025 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang tukang rumah dipenjara selama 5 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana melakukan ugutan jenayah kepada keluarga pelakon dan pelawak Harith Iskander, awal bulan ini.

Majistret S Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Izzuddin Md Salim, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

“Saya berniat mainkan perasaan Harith Iskander sahaja, saya tiada maksud lain… saya minta maaf kepada keluarga mangsa.”

Majistret S Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Izzuddin Md Salim, 30, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 Januari lalu dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara lagi sebulan.

image is not available

Menurut sumber, Izzudin didakwa menghantar WhatsApp berserta gambar mengandungi kata-kata ugutan yang bermaksud akan melakukan jenayah rogol dan bunuh.

Mesej tersebut diterima oleh bekas isteri Harith yang juga pengurusnya, Jezamine Lim yang mana perbuatan tertuduh menakutkan secara jenayah. Kandungan WhatsApp itu kemudian dibaca oleh Jezamine di sebuah restoran pada 8.50 pagi 23 Januari lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, polis telah menahan seorang lelaki yang berusia 31 tahun kerana disyaki mengeluarkan ancaman terhadap pelawak tersebut serta keluarganya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek direman bagi membantu siasatan susulan laporan dibuat Jezamine di Balai Polis Dang Wangi.

image is not available

Sebelum ini, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) telah membatalkan persembahan ‘Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter’ susulan ancaman terhadap keluarga pelawak terbabit.

Jezamine menerusi satu kenyataan mengesahkan keputusan berkenaan dibuat bersama pengurusan DFP, selain memaklumkan bahawa Harith kecewa dengan pembatalan itu kerana persediaan rapi sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu.

Ancaman tersebut dipercayai dilakukan selepas pelawak berkenaan memuat naik hantaran dalam media sosial mengenai topik ham dan disambut pengikutnya dengan pelbagai komen termasuk didakwa mengaitkan nama Nabi Muhammad SAW.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.