“Saya Minta Semua Bertenang Ya, Tolong Jangan Serang Mama” – Syed Abdullah

LocalEntertainment
4 Nov 2025 • 6:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali di media sosial sebagai @truedollah, tampil menenangkan keadaan selepas isu melibatkan ibunya mencuri perhatian ramai di media sosial.

“Mama kurang mahir bab IT” – Syed Abdullah

Menerusi satu hantaran di akaun Thread miliknya, Syed Abdullah memohon agar netizen tidak menyerang ibunya dan memahami situasi sebenar.

image is not available

Beliau menjelaskan bahawa ibunya kurang mahir dalam urusan teknologi serta media sosial. Beliau turut menambah bahawa dia menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar semua dapat bertenang.

image is not available

Terdahulu, kecoh diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya Syed Saddiq diganggu orang ketiga. Dakwaan ini turut mengaitkan hubungan akrab individu itu dengan ibu Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani.

Sampai ada netizen mendakwa Sharifah Mahani ‘follow’ akaun media sosial individu itu tetapi tidak akaun media sosial Bella Astillah.

Memberi respon kepada isu itu, Bella berharap agar semua pihak melihat sisi positif tanpa menimbulkan sebarang spekulasi.

Bella Astillah juga menegaskan dia tidak bergaduh dengan sesiapa.

Pssttt! Tenang okey semua! Jadilah peminat yang pintar, jangan melulu membuat spekulasi sehingga menyerang orang yang tidak bersalah. Doakan yang terbaik buat Bella Astillah dan Syed Saddiq.

Kredit: Hib Glam | Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Saya Minta Semua Bertenang Ya, Tolong Jangan Serang Mama” – Syed Abdullah appeared first on Oh! Media.