“Saya Mohon Maaf, Perlukan Sedikit Masa Lagi Untuk Selesaikan Bayaran Balik” - Kim Seri

3 Feb 2025 • 11:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial dan usahawan yang menetap di Korea, Kim Seri sekali lagi tampil membuat permohonan maaf kerana tidak dapat memulangkan semula wang pelanggan pada 1 Februari seperti yang dijanjikan.
 

Perlukan sedikit masa lagi

Seri memaklum perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Insta Story miliknya pada Isnin.



Menurut Seri, dia memerlukan sedikit masa sahaja lagi untuk berbuat demikian.



"Kepada semua yang menanti 1 Februari, mohon maaf kerana terlambat untuk kemas kini.

"Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua kerana terpaksa menunggu dan mengambil sedikit masa untuk selesaikan pembayaran balik.


"Saya perlukan sedikit masa sahaja lagi dan akan berusaha lebih lagi untuk selesaikan semua bayaran tersebut," maklumnya.


image is not available




Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan itu dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.



Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut mengesahkan menerima 24 laporan daripada mangsa penipuan pakej pelancongan terbabit.



Seri bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pakej pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.



Malah dia juga memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.