“Saya mungkin tak dikenali” – Isteri Jadi Sumber Kekuatan, Izzue Islam Buat Netizen Sebak

Entertainment
23 Jan 2024 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Izzue Islam merupakan pelakon serta pengacara tempatan yang tidak asing lagi dalam industri hiburan, namun mungkin ada yang tidak tahu Izzue memulakan kerjaya seninya dengan menjadi ahli kumpulan boyband Forteen.

Terbaru, nama Izzue menjadi bualan ramai kerana dia membuatkan ramai yang meruntun hati apabila pelakon drama Sebenarnya Saya Isteri Dia itu menceritakan kebaikan serta pengorbanan isterinya sepanjang dia bergelar artis.

Dalam podcast Hitam Putih yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor itu, Izzue menitiskan air mata apabila bercerita mengenai isterinya, Awin Nurin.

@suhanchannelofficial

Kalau dia pergi dulu… EP 3 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 9 @izzueislam Full video di YouTube Suhan Channel & Usanita. #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #tilljannah #izzueislam #rosyamnor #usanita #musim3

♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

Kalau takde wife saya, saya bukanlah Izzue Islam yang korang kenal.

Saya tak minta pun hidup macam ni, saya tak pernah bayangkan saya duduk atas kerusi ni, bersama Datuk Rosyam Nor,” katanya.

Lebih mengharukan, apabila ditanya jika isterinya itu ‘pergi’ dahulu sebelumnya dia terus mengalirkan air mata dan mengakui ianya sesuatu yang tidak dapat dibayangkan.

Malah, dia juga berkata jika salah seorang daripada mereka pergi menghadap Illahi dahulu, lebih baik jika mereka pergi bersama.

“Susah nak cari laki macam Izzue ni”

Sedutan podcast itu membuatkan ramai netizen yang sebak dan mengagumi karakter yang ditonjolkan oleh bekas anggota Forteen itu.

image is not available

Semoga mereka berdua ini bahagia hingga ke Jannah…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.