“Saya Nak Bebas..” – Buka Agensi Sendiri, Jennie BP Dedah Sebab Keluar Dari YG

Music
3 Jan 2024 • 10:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas 7 tahun bersama YG Entertainment, Jennie BLACKPINK telah memutuskan untuk menubuhkan syarikatnya sendiri.

Terbaru, Jennie telah muncul dalam program ‘Lee Hyori’s Red Carpet’ sebagai tetamu, di mana idola wanita itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Khususnya, Jennie ada mendedahkan sebab dia keluar dari YG Entertainment dan membuka agensinya sendiri ‘ODD ATELIER’ untuk menguruskan aktiviti solonya. Jelasnya,

Sebenarnya, aktiviti berkumpulan kami akan diteruskan dengan syarikat yang saya telah bekerja selama 7 tahun. Tetapi, saya mengambil keputusan dengan berhati-hati untuk menubuhkan syarikat kerana saya ingin bebas dan selesa menjalankan aktiviti individu saya.

image is not available

Sambung penyanyi “You & Me” itu lagi,

Beberapa tahun kebelakangan ini, saya bertanya kepada diri sendiri ‘Adakah anda seorang yang boleh melakukan sesuatu sendiri?’. Jadi saya memutuskan untuk mempunyai keberanian dan berfikir untuk mencuba sendiri.

Semoga terus maju jaya Jennie!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.