“Tiada Tandingan..” – Jennie BLACKPINK Bantu Platform Beli-Belah Online Raih RM1 Bilion Dalam Setahun

28 Dec 2023 • 4:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jennie sekali lagi telah membuktikan pengaruhnya di dalam sektor fesyen.

Sebagai salah seorang di antara idola K-Pop pada masa kini, pengaruh Jennie tidak dapat dinafikan terutamanya di dalam sektor fesyen.

Jenama bertaraf bintang yang diwakilinya telah mendapat pertumbuhan yang ketara dari segi jualan serta dapat mencapai pangkalan pelanggan yang lebih luas.

Baru-baru ini, ahli BLACKPINK tersebut telah mengejutkan ramai selepas dia berjaya membantu jenama platform membeli belah atas talian, Beauty Kurly untuk mendapatkan hasil sebanyak lebih RM1 bilion setahun.

image is not available

Sumbangan Jennie telah membuatkan jenama yang baru sahaja dilancarkan pada November 2022 tersebut berjaya mencapai angka yang mengagumkan dalam masa setahun.

Selain itu, jenama-jenama kecil yang turut mengambil bahagian dalam platform beli belah Beauty Kurly ini juga telah berjaya mencapai angka jualan tertinggi dan berganda selepas Jennie menjadi model.

Rata-rata komen netizen mengenai kejayaan ini ialah,

Pengaruh Jennie tiada tandingannya.

 

Tak terkejut la jika banyak jenama yang nak bekerjasama dengan Jennie.

 

RM1 bilion dalam setahun? Menakjubkan.

 

Dah nama pun Jennie, jadi saya tak terkejut.

Lepas ni makin ramai la nak panggil Jennie jadi model kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.