“Saya nak jadi penghibur” – Dituduh ‘Sampah’ Industri, Ryan Bakery Mahu Jadi Seperti Senario

Entertainment
24 Oct 2023 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Persembahan pencipta kandungan popular, Ryan Bakery bersama adiknya Adam Bakery dalam program realiti Famili Duo musim ketiga pada Ahad lalu dikatakan tidak sedap dan tidak menepati standard.

Bagaimanapun, kedua-duanya menerima dengan hati terbuka terhadap komen juri dan akan menggunakan nasihat tersebut sebagai cara untuk memperbaiki persembahan mereka pada minggu akan datang.

@f8buzz

Ini hanya pertandingan, bukannya saya buat album kata @ apabila ada yang mengatakan duo beradik ini contoh sampah yang masuk industri muzik. Adiknya @ turut berpendapat yang sama. #f8buzzhiburan #sembangentertainment #familiduo #familiduo3 #ryanbakery #adambakery

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Pernah dituduh sampah industri kerana masuk pertandingan menyanyi, Ryan tidak terasa hati kerana ia hanyalah sebuah pertandingan dan sebagai pemula dalam menceburi bidang nyanyian.

“Ini hanya pertandingan, bukannya saya buat album. Kalau ada rezeki, menang.”

“Sekurangnya bila masuk pertandingan orang tahu kita mula dari mana,” katanya ketika ditemui media.

Dia turut mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang penyanyi tetapi mahu menjadi sebagai seorang penghibur.

“Saya ni bukan penyanyi, tapi saya nak jadi penghibur macam kumpulan Senario. Saya daripada dulu lagi suka nak jadi macam Senario,” ujarnya.

Terdahulu, juri program nyanyian Famili Duo iaitu Ajai berterus terang mengatakan suara kedua adik beradik ini sumbang dan mengganggu telinganya.

Apapun, semoga Ryan dan adiknya bangkit kembali menambat hati juri pada minggu depan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.