“Saya Nampak Makin Teruk” – Fathia Latiff Akui Menyesal Lakukan Perubahan Terhadap Diri Sendiri

EntertainmentLifestyle
10 Jul 2025 • 11:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fathia Latiff

Pelakon, Fathia Latiff membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui dirinya kini berada di titik terendah dalam hidup selepas melakukan perubahan kosmetik pada wajah, termasuk suntikan filler.

Menerusi Threads, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff meluahkan rasa kecewa dan tidak lagi mengenali dirinya sendiri setiap kali melihat perubahan wajahnya.

Saya dapat melihat perubahan pada wajah saya dan sejujurnya saya kelihatan semakin teruk sekarang.

Fathia Latiff tak yakin berhadapan orang ramai

Menurut pelakon drama Menanti Februari itu, dia juga tidak lagi bersemangat untuk berdandan mahupun berpakaian kemas, malah rasa seperti tidak dikenali orang apabila berada di luar.

Sukar rasanya apabila tidak lagi berasa seperti diri sendiri.

Fathia juga mengakui menjalani prosedur filler dengan niat untuk mencantikkan wajah, tetapi kesannya membuatkan dia lebih sedih berbanding gembira.

Saya hanya buat rawatan kecil sekadar filler, tetapi daripada berasa lebih baik, saya kini rasa semakin sedih.

Rasa terluka, dihukum kerana penampilan

Apa yang lebih menyedihkan, Fathia turut berkongsi rasa terluka kerana sering dihakimi dan diperlekehkan oleh orang sekeliling hanya kerana penampilannya yang berubah.

Saya terluka dari dalam. Orang sekeliling terus-menerus menghakimi dan memperlekehkan saya kerana penampilan saya.

Pssttt! Kadang-kadang, keinginan untuk nampak sempurna boleh membawa kita jauh daripada menerima dan mencintai diri sendiri. Kecantikan sebenar bukan terletak pada wajah, tapi pada hati yang tenang dan jiwa yang yakin.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.