“Saya Nampak Mayat Atas Jalan, Tak Sangka Itu Anak Saya..”- Bapa Penuntut UniSZA

5 Jan 2026 • 10:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

“Saya nampak mayat di atas jalan raya tetapi tidak menyangka itu anak saya,” kata Mazli Yusoh, 51, bapa kepada penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Syakirah Hanan, 25, yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan, Bukit Kecil berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, hari ini.

image is not available

Saya Nampak Mayat Atas Jalan…

Mazli berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk menyelesaikan urusan di Kuala Berang dan melalui lokasi kemalangan serta sempat melihat mayat yang dipayungi di atas jalan raya.

image is not available

image is not available

 image is not available

Katanya, dia langsung tidak menyangka mayat yang sudah ditutupi kain putih itu adalah anaknya sehinggalah menerima panggilan telefon daripada pegawai JPJ yang memaklumkan kereta didaftarkan atas namanya terbabit dalam kemalangan.

“Ketika itu, saya sudah berada di Kampung Tapu, Kuala Berang dan segera patah balik ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan itu,” katanya, malam ini.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Besut itu berkata, anak kedua daripada tujuh beradik itu dalam perjalanan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk urusan praktikal (latihan mengajar) pada Mac nanti.

“Malam tadi dia menghubungi saya beritahu mahu ke Perpustakaan Awam Negeri sebelum ke JPNT.
“Pagi tadi saya kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu dan sempat bertemu arwah ketika singgah di rumah di Kampung Kuala Bekah yang kini diduduki arwah,” katanya lagi.

image is not available

Menurutnya, dia reda menerima ketentuan Ilahi namun pemergian anaknya sangat mengejutkan apatah lagi Syakirah rapat dengannya.

“Dia sangat rapat dan manja dengan saya dan apa sahaja perkara sama ada berkaitan pengajian atau urusan kerja, dia akan mengadu kepada saya.
“Walau perit dan sedih sekalipun, sebagai orang Islam kita terima takdir yang sudah ditentukan, semua orang akan mati, cuma cara kematiannya sahaja berbeza.
“Dia pergi dalam keadaan itu (kemalangan) dan sudah tentu kematian sebegitu ia mati syahid,”ujarnya.

Artikel lain: Nenek Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Pemandu Asing Dipercayai Mabuk

Mazli turut terkilan apabila hasrat anaknya untuk mengikut jejak langkahnya menjadi pendidik tidak kesampaian.

image is not available

Menurutnya, arwah sangat meminati dunia pendidikan selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Al Azhar, Mesir tahun lalu sebelum menyambung pengajian di UniSZA pada April lalu.

image is not available

image is not available

Menurut Mazli, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Bekah pada jam 11 malam selepas bedah siasat selesai.

Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)

The post “Saya Nampak Mayat Atas Jalan, Tak Sangka Itu Anak Saya..”- Bapa Penuntut UniSZA appeared first on Borak Daily.