UniSZA Zahir Takziah, Salur Bantuan Kebajikan RM6,000 Ringankan Beban Waris Syakirah Hanan

6 Jan 2026 • 9:43 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM6,000 kepada waris seorang pelajarnya yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Bukit Kecil berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, semalam.

Mangsa, Syakirah Hanan Mazli, 25, merupakan pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari dan mula mendaftar masuk ke UniSZA pada April tahun lalu.

UniSZA Zahir Takziah, Salur Bantuan RM6,000

image is not available

image is not available

Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan berkenaan merangkumi khairat kematian berjumlah RM1,000 serta sumbangan kebajikan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban keluarga mangsa.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada orang awam, mangsa menaiki sebuah Perodua Viva sebelum terbabit dalam kemalangan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kad pengenalan serta kad matrik mangsa ditemui orang awam sebelum maklumat kejadian dimaklumkan kepada pihak universiti,” menurut kenyataan itu.

image is not available

Artikel lain: “Saya Nampak Mayat Atas Jalan, Tak Sangka Itu Anak Saya..”- Bapa Penuntut UniSZA

UniSZA turut memaklumkan mangsa dilindungi insurans takaful kematian bernilai RM12,000 yang akan diuruskan mengikut prosedur ditetapkan.

Dalam kenyataan sama, pihak universiti menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar terbabit serta memaklumkan sedang berurusan dengan pihak berkuasa dan hospital bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan seorang penuntut UniSZA maut selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kenderaan lain ketika menuruni bukit berhampiran simpang empat Jalan Kemajuan, semalam.

image is not available

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 1.38 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke Jalan Bukit Kecil dan dipercayai membelok ke kanan selepas lampu isyarat bertukar hijau sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki.

Sumber: FB Universiti Sultan Zainal Abidin

The post UniSZA Zahir Takziah, Salur Bantuan Kebajikan RM6,000 Ringankan Beban Waris Syakirah Hanan appeared first on Borak Daily.