‘Saya nasihatkan awak tukarlah isteri baru, cari yang solehah’ – CEO Helmie balas kenyataan Shuib

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 11:56 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang individu yang dikenali sebagai CEO Helmie tampil mengeluarkan kenyataan balas selepas pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, memaklumkan melalui sesi live di TikTok semalam bahawa dia sedang mencari lelaki ini.

“Video ini kepada Shuib, katanya dia cari saya. Sebelum dia mencari saya, lebih baik dia pergi mencari bekas-bekas pekerja dan bayar duit mereka. Awak selesaikan dulu masalah-masalah awak dengan pekerja dan bekas pekerja. Selepas itu ganti semula duit pelanggan-pelanggan yang telah dikencing (ditipu).

@ceo.heelmie.fight

Replying to @yangzaharah SHUIB VS JEP MANA LEBIH BAGUS?

♬ Berakhirnyo Cinto Kito – Eda Ezrin

“Shuib, awak tahu awak berubah sebab apa? Ramai netizen dan rakyat Malaysia tengok awak ni macam tak betul dah, sejak berkahwin dengan Watie.

“Saya nasihatkan awak tukarlah isteri baru, cari wanita yang lebih solehah. Ops! Awak tak layak mendapat wanita yang solehah sebab awak pun 2 x 5.

“Orang ramai lebih suka Jepp Sepahtu yang lebih sederhana, tak berapa show off sangat, isteri dia pun saya suka.

“Hidup Jep Sepahtu! Boikot Shuib! Apatah lagi Shuib bersekongkol dengan Cina, menipu orang Melayu berniaga. Jual air Yahudi dan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang,” katanya.

Terdahulu, Shuib melalui sesi live di TikTok pada petang semalam memaklumkan hasratnya untuk mencari individu terbabit selepas tular pelbagai tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dan syarikat Bubblebee di media sosial.