“Saya Parkir Ikut Petak Sah, Tapi Peniaga Suruh Alih Kereta”

6 Jul 2026 • 9:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Saya Parkir Ikut Petak Sah, Tapi Peniaga Suruh Alih Kereta”

“Saya Parkir Ikut Petak Sah, Tapi Peniaga Suruh Alih Kereta”

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihalau seorang peniaga ketika meletakkan kenderaannya di petak parkir awam yang sah di kawasan pekarangan Muzium Sultan Alam Shah, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @lyanajasmine berkata, dia meletakkan kereta jenis Honda City di petak parkir yang dibenarkan dan bukannya di kawasan parkir merah yang dikhaskan atau telah disewa.

Menurutnya, dia bagaimanapun didatangi seorang peniaga yang memintanya mengalihkan kenderaan kerana kawasan tersebut mahu digunakan untuk berniaga.

Baca juga:

“Kita memang boleh dihalau ye kalau orang nak meniaga dekat Dataran Shah Alam ni? Yang halau bukan MBSA tapi peniaga. Dia halau sebab aku park kat situ. Situ dia nak meniaga. Ehh dia siap menggoreng belakang kereta aku,” katanya.

Dalam hantaran sama, wanita itu memaklumkan dia telah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta berjumpa sendiri anggota penguat kuasa yang kebetulan berada berhampiran lokasi.

Katanya, pihak penguat kuasa meminta beliau membuat aduan menerusi laman web rasmi, manakala Skuad PANTAS memaklumkan perkara tersebut telah disalurkan kepada unit penguatkuasaan.

“Update 7.40 malam semalam, aku dah pergi MBSA dan jumpa van penguat kuasa. Kebetulan mereka ada dekat situ. Penguat kuasa suruh buat aduan dekat website, PANTAS pula kata dah maklumkan pada penguat kuasa.

“Sudahnya sampai aku habis jogging sekitar jam 7.40 malam, makcik tu masih meniaga lagi. Aduan pun aku dah buat dekat website.

“Korang jangan salahkan Skuad PANTAS tau. Mereka memang layan aduan aku. Staf dekat situ baik sangat. Mereka terus maklumkan kepada penguat kuasa. Cuma aku pun tak faham kenapa penguat kuasa tak datang semula. Aku dah tunggu juga. Tak apa, aku dah e-mel aduan dekat MBSA,” ujarnya.

Hantaran tersebut kemudian menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Threads yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan peniaga terbabit serta berharap isu itu diberi perhatian pihak berkuasa.

Seorang pengguna, @financialfaiz, berkata situasi itu mungkin tidak menjadi isu sekiranya peniaga berkenaan menggunakan pendekatan lebih berhemah.

“Kalau dia cakap elok-elok, minta maaf dan terangkan nak berniaga serta risau minyak panas terkena kereta, siap bagi cekodok atau pisang goreng sekali, saya pun boleh tutup mata. Tapi dia main kasar pula,” katanya.

Dalam pada itu, @malaysiasejahtera turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan penguatkuasaan MBSA berdasarkan pengalaman sendiri.

“Penguat kuasa MBSA buat kerja ke? Aku pernah report kedai warga asing. Hari pertama masih ada laporan aku, hari kedua dah turun ke Jabatan Penguatkuasaan, hari ketiga terus ‘Error 404’. Hilang terus laporan aku,” katanya.

Sementara itu, @solihinfaeez berpendapat sikap segelintir peniaga yang merasakan kawasan awam adalah milik mereka boleh menjejaskan imej peniaga lain.

“Peniaga entitled macam ni yang akan rosakkan periuk nasi sendiri dan periuk nasi orang lain.

“Tipulah MBSA tak nampak, sebelah pejabat MBSA saja. Mungkin atas ihsan mereka tutup mata. Tapi kalau dah viral macam ni” katanya.

Perkongsian tersebut terus menjadi perhatian warga maya yang menggesa supaya kawasan parkir awam tidak disalahgunakan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih tegas bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved