“Saya Peminat Tegar” – Jin BTS Akui Suka Lagu Rosé & Bruno Mars ‘APT.’

EntertainmentMusic
11 Jun 2025 • 10:51 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan sahaja dalam kalangan peminat, lagu “APT.” juga merupakan lagu kegemaran ramai selebriti di luar sana.

Begitu juga dengan Jin BTS, yang baru-baru ini telah terlibat dalam temu bual bersama BuzzFeed untuk “The Puppy Interview”.

Khusunya ketika ditanya artis manakah yang dia paling suka tapi belum ada peluang untuk berjumpa, Jin menjawab,

Saya hanya bertemu dengannya secara sepintas lalu tapi saya ingin berkolaborasi dengan Bruno Mars satu hari nanti. Saya peminat tegar dia.

Jelasnya,

Saya selalu praktis vokal saya sebelum debut dengan menyanyikan lagu dia iaitu ‘Just The Way You Are’. Ia salah satu lagu kegemaran saya. Saya juga suka lagu ‘APT.’, kolaborasi dia dengan Rosé baru-baru ini.

Oh Jin pun suka la lagu “APT.”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.