“Saya penat, cari orang lain” – Lelaki Buat Aduan Lepas Dapat Layanan Teruk, JPJ Minta Maaf

7 Jul 2022 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila kita nak buat sesuatu urusan rasmi mesti banyak benda yang perlu diisi dan perlu kejar ke sana ke sini untuk dapatkan pengesahan kan? Bila dah penat-penat tu, apa yang kita harapkan hanyalah kerjasama orang lain.

Macam baru-baru ni, viral pengalaman seorang lelaki Wong Qiau Wei menceritakan insiden yang menimpa dirinya apabila dia berurusan dengan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bundusan, Sabah.

Menurut lelaki ini, dia telah pergi ke sana untuk membuat urusan penggantian kenderaan bas pelancongan syarikat miliknya seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelancongan.

Namun begitu, selepas mengikut arahan dan menunggu giliran, Wong kemudiannya menyapa salah seorang pegawai JPJ tapi terkejut dengan layanan yang diberikan.

Ini apa? Kenapa begitu banyak dokumen? Saya tidak mau tengok. Saya penat. Kamu cari orang lain.”

Pegawai itu kemudiannya didakwa membuang dokumen yang diberikan oleh Wong dan lelaki ini terpaksa pergi ke kaunter lain untuk meneruskan urusannya.

Selepas insiden ini tular, Wong menerusi Facebook peribadinya memberitahu yang dia telah dihubungi oleh Timbalan Ketua Pengarah JPJ Sabah dan diminta untuk hadir ke pejabat JPJ Bundusan untuk berjumpa dengan pihak atasan serta pegawai yang bertanggungjawab itu.

Pegawai tersebut telah pun memohon maaf dan saya dengan seikhlas hati juga menerima permohonan maaf tersebut.

Oleh itu kami anggap perkara ini sudah selesai dan saya mahu memadamkan pos berkaitan pegawai tersebut.”

UPDATE TEBARU 6.7.202213.00AKHIRNYA SUDAH DAPAT JAWAPAN YANG SANGAT MEMUASKAN HATI. TENGAH HARI INI, SAYA TELAH…

Posted by Qiau Wei on Tuesday, July 5, 2022

Oklah dapat diselesaikan dengan baik. Harapnya perkara ini jadi pengajaran kepada semua orang dan tak berulang semula.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.