‘Saya penembak semula jadi’ – Yusuf Dikec

4 Aug 2024 • 3:21 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Atlet menembak dari Turkiye, Yusuf Dikec, mencuri tumpuan di Sukan Olimpik Paris apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara air pistol 10 meter (m) berpasukan campuran bersama pasangannya, Sevval Ilayda Tarhan.

Gaya santai Dikec tular di media sosial kerana yang tidak menggunakan pelindung mata dan hanya memakai kemeja-T dengan tangan kiri diseluk ke dalam poket.

Pesara angkatan tentera Turkiye itu mendedahkan, ini adalah penampilan Olimpik kelimanya dan menegaskan bahawa kejayaannya bukanlah kebetulan.

“Saya tidak memerlukan kesemua peralatan perlindungan itu. Saya seorang penembak semula jadi,” katanya kepada akhbar Haber Turk.

“Teknik menembak saya adalah salah satu teknik yang jarang dilakukan orang lain. Saya menembak dengan kedua-dua mata terbuka. Pengadil pun terkejut,” tambahnya.

image is not available

Dikec juga menyatakan bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha keras dan persediaan rapi yang dilakukan oleh pasukannya.

“Kejayaan ini adalah milik seluruh rakyat Turkiye,” katanya dengan penuh bangga.

Sumber: Haber Turk via Awani