“Saya Pernah Jadi Gelandangan, Makan Sisa Orang..” – Saiful Apek Kongsi Sebab Mengapa Suka Berkongsi Kata Semangat Kepada Netizen

EntertainmentLifestyle
12 Jun 2026 • 3:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelawak dan pelakon, Saiful Apek mencuri perhatian ramai di platform Threads apabila sering berkongsi kata-kata positif yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff pula dilihat membawa pendekatan berbeza dengan perkongsian yang bersifat menenangkan serta memberi semangat.

Advertisement

Menurut bekas anggota kumpulan Senario itu, dia mula aktif berkongsi kata-kata positif selepas melihat semakin ramai individu berdepan tekanan hidup sehingga ada yang mula hilang harapan.

View this post on Instagram

“Sebab saya tengok banyak masalah-masalah kritikal. Bunuh diri, putus asa. Ada yang sampai kata nak lari daripada mak bapak, nak terjun bangunan.”

“Ada yang cakap mereka sudah penat. Saya cakap, kalau sudah penat sebenarnya bukan kau yang penat, jantung kau yang penat.”

“Saya tak tahu, kadang-kadang mungkin terlalu berat benda itu. Tapi saya risau juga dengan kata-kata saya sebab ada masanya terlalu berat dan mengejutkan.”

Apek berkata, dia berharap perkongsian tersebut mampu menjadi satu dorongan kepada mereka yang sedang berada dalam fasa sukar untuk kembali bangkit secara perlahan-lahan.

View this post on Instagram

Dalam masa sama, Apek menjelaskan segala nasihat yang dikongsikan bukan sekadar kata-kata kosong, sebaliknya datang daripada pengalaman hidupnya sendiri.

“Apa yang saya nampak dekat mereka adalah diri saya satu ketika dulu. Saya pernah jadi gelandangan, makan sisa orang, dihina, diherdik dan difitnah. Semua itu saya sudah lalui. Jadi sekarang orang nampak hasilnya macam mana.”

“Kadang-kadang orang tanya abang baca apa, rujukan apa. Tak ada. Saya tak baca apa-apa . Sebenarnya ini perjalanan hidup saya sendiri dan pergaulan saya dengan orang-orang susah serta orang-orang hebat.”

Image from: “Saya Pernah Jadi Gelandangan, Makan Sisa Orang..” – Saiful Apek Kongsi Sebab Mengapa Suka Berkongsi Kata Semangat Kepada NetizenImage from: “Saya Pernah Jadi Gelandangan, Makan Sisa Orang..” – Saiful Apek Kongsi Sebab Mengapa Suka Berkongsi Kata Semangat Kepada Netizen

Bagaimanapun, Apek menolak sebarang pujian terhadap dirinya dan merendah diri dengan mengatakan dia hanya berada dalam keadaan yang lebih baik ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yusry lisa surihani2026-06-12 12:56:29

Datin Hajah Lisa Surihani Selesai Haji, Ramai Sebak Lihat Yusry Dan Anak-Anak Sambut Ketibaan Di 'Airport'

The post “Saya Pernah Jadi Gelandangan, Makan Sisa Orang..” – Saiful Apek Kongsi Sebab Mengapa Suka Berkongsi Kata Semangat Kepada Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved