“Saya Pernah Jumpa Wanita Yang..” – Kang Haneul Dedah Sebab Enggan Bercinta Dengan Selebriti

EntertainmentLifestyle
14 Apr 2025 • 11:26 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun pelakon popular, jarang kan kita dengar tentang khabar angin percintaan Kang Ha-neul.

Baru-baru ini, Kang Ha-neul telah tampil sebagai tetamu menerusi saluran YouTube Kian84.

Ketika sedang berborak, Kang Ha-neul juga turut mendedahkan tentang pendiriannya untuk tidak bercinta dengan rakan selebriti. Jelasnya mengapa,

Bukannya saya pasti saya tidak akan bercinta dengan selebriti tetapi saya fikir terdapat banyak perkara yang boleh diperoleh apabila bercakap dengan kekasih awak. Kerana itu, saya ingin bertemu dengan orang dari profesion yang berbeza. Malah, saya pernah bertemu dengan wanita dalam pelbagai bidang.

image is not available

Kemudian, lelaki itu turut berkongsi cerita bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan perempuan yang dia kenali dalam kereta api. Katanya,

Saya sebenarnya pernah bercinta dengan seseorang yang saya temui dalam kereta api ketika berumur 20 tahun, dengan memberinya nota.

Siapalah jodoh Kang Ha-neul agaknya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.