Selepas “Newtopia”, Ji-soo akan menemui peminat menerusi filem “Omniscient Reader’s Viewpoint” pula!
Untuk pengetahuan, Ji-soo akan memainkan watak sebagai Lee Ji-hye dalam “Omniscient Reader’s Viewpoint”, di mana salah seorang yang berusaha untuk menyelamatkan dunia.
Ketika sesi sidang media, pengarah Kim Byung-woo berkongsi sebab dia memilih ahli BLACKPINK itu untuk terlibat dalam filem berkenaan. Katanya,
Kriteria pelakon untuk filem ini adalah jelas. Pertama ialah seorang yang bekerja keras dan Ji-soo memang sangat bersemangat ketika kami kali pertama berjumpa. Dia sangat gigih semasa sesi awal bacaan skrip dan di set rakaman.

Jelasnya lagi,
Saya juga fikir ia adalah bagus untuk mempunyai seseorang yang boleh menarik perhatian. Dia sangat bekerja keras dalam filem itu dan saya berpuas hati dengan hasilnya.
Sementara itu, pelakon hebat lain yang turut membintangi filem ini adalah Ahn Hyo-seop, Lee Min-h0, Chae Soo-bin, Nana dan Shin Seung-ho.
Nantikan tayangan “Omniscient Reader’s Viewpoint” pada 23 Julai ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Puas Hati” – Pengarah Kongsi Sebab Pilih Jisoo BP Sertai Filem ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ first appeared on KimchiDaily.my.

