“Saya Puji Fattah Sebab Dia Tak Komen, Biar Sana Bising Dulu. Satu Hari Kebenaran Akan Terungkai” – Shamsul Ghau Ghau

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 2:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon lama, Shamsul Ghau Ghau memuji tindakan aktor, Fattah Amin mendiamkan diri selepas sah bercerai Isnin lalu.

Shamsul Ghau Ghau puji Fattah

Shamsul, 55, menyifatkan tindakan Fattah merupakan jalan yang bijak dan sepatutnya menjadi contoh buat lelaki lain.

Saya puji Fattah sebab dia tak ada komen apa-apa. Kalau pihak satu lagi bising, biar dia bising dulu, satu hari kebenaran akan terungkai.

Tak perlu sebar aib bekas suami/isteri

Dalam pada masa yang sama, Shamsul turut berkata lebih berdiam diri dahulu dan biarkan pihak wanita bercakap, ibarat kehidupan dalam rumah tangga.

Tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, aktor terbabit kurang setuju dengan tindakan Fazura yang menyebarkan aib Fattah di luar mahkamah selepas sah bercerai.

Kenapa yang buruk-buruk diceritakan kepada orang lain. Diam sudahlah. Benda tu rahsia, aib! Kita nampak baik sebab apa, sebab Allah tutup aib kita.

Shamsul turut sempat memuji pasangan selebriti yang sedaya upaya menutup aib sesama sendiri selepas bercerai.

image is not available 7 hours ago

"Apa Nak Jadi Netizen Malaysia Ni? Lantaklah Dia Nak Tulis Apa" - Mona Allen Berang Suami Dituduh Jadi Batu Api Isu Cerai Fattah Dan Fazura