Sentiasa Luah Rasa Rindu Terhadap Anak & Isteri, Pekin Ibrahim Puji Sikap Fattah Amin - “Tak Sekali Pun Saya Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

8 Oct 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Banyak luang masa bersama ketika menjalani pengambaran, pelakon Pekin Ibarhim percaya aktor Fattah Amin adalah seorang suami yang baik dan tidak pernah berlaku curang terhadap bekas isteri, Nur Fazura.

Sikap Fattah

Puji sikap Fattah tak pernah menjaj kisah peribadim Pekin, 42, berkata, dia sekali pun tidak pernah melihat pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ‘menggatal’ dengan mana-mana wanita.

 

"Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Saya pernah mengarah dia di saat ramai kata dia pelakon kayu, tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik.

 

"Ketika saat-saat rumah tangga tengah bergolak, saya dan dia bersama lagi untuk sebuah filem, latihan serta pengambaran agak lama.

"Kami luang masa bersama, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya, tidak sekalipun bercerita hal peribadi. Hanya rindu anak dan isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut.

 

"Jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain, kami menjalani pengambaran lama bersama pelakon dari indonesia, tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal atau bercerita hal wanita,” katanya.

 

Isteri kepada aktres Mona Allen itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya beserta sepotong video dia bersama Fattah.

Tak tinggal solat

Menganggap tuduhan berlaku curang dalah dakwaan berat, Pekin mendedahkan Fattah tidak pernah meninggalkan solat sepanjang menjalani penggambaran.

 

"Sampai waktu solat hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu (curang) berat buat dia.

 

"Hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya Fattah tabah dan kuat. Sedih dengar hal-hal cerai ini. Mintak jauh hal-hal macam ini. Tapi aku team Fattah. Korang?” ujarnya.

 

Terdahulu, selepas sah bercerai talak satu, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya.

 

Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.