“Saya Pula Yang Malu” – Netizen Tegur Uqasha Senrose Menari Nampak Baby Bump

Entertainment
17 Jan 2024 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
uqasha

Pelakon terkenal, Uqasha Senrose baru-baru ini berkongsi berita gembira bakal menerima kehadiran cahaya mata sulung tak lama lagi.

Uqasha mengaku takut untuk mengumumkan kehamilan kerana pernah gugur sebelum ini. Pelakon ini juga tak beritahu secara jelas usia kandungannya sekarang.

Terbaru, Uqasha mengundang perhatian ramai selepas memuat naik satu video menunjukkan dirinya sedang menari.

@therealuqashasenrose haaaaa kan dahhh besar badan tapi kenapa muka tak naikkkkk . dah la nari tk jadi tp nk buat jugak .. tak pelah #uqashasenrose ♬ Everytime We Touch – Cascada

Apa yang menjadi perhatian adalah ‘baby bump’ Uqasha yang sudah jelas kelihatan. Menurut netizen, video sebegitu tak manis dipertontonkan kepada umum.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga yang menasihati Uqasha supaya menjaga kandungan dengan baik dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk kebahagiaan.

Iyalah, kata netizen, sebelum ini Kamal Adli pernah diserang individu tidak dikenali sehingga cedera di bahagian kepala.

Meninjau ke Instagram, video berkenaan telah pun dipadam selepas menerima banyak kecaman daripada para pengikut.

Kredit: TikTok Uqasha Senrose

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.