“Mungkin dia rindu” – Lan Pet Pet Tak Dapat Tahan Sebak Masa Nyanyi Lagu Senario

Entertainment
17 Jan 2024 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal tahun ini, industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita kematian pelawak dan pelakon lejen iaitu Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli atau lebih dikenali sebagai nama Hamdan Senario.

Pemergiannya itu membuatkan ramai yang terkesan lebih-lebih lagi mereka yang lahir pada tahun 90-an di mana rancangan Senario menjadi salah satu rancangan yang ditunggu-tunggu setiap minggu.

Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan Mazlan bin Ahmad atau nama popularnya, Lan Pet Pet mengalirkan air mata apabila diajak oleh seorang busker untuk menyanyikan lagu Senario iaitu lagu Sebelum dan Sesudah.

Dalam video yang dikongsikan oleh @ezzat_shukri, Lan Pet Pet kelihatan tidak dapat menahan sebak apabila dia mula menyanyikan bahagian Allahyarham Hamdan kemudian meminta untuk berhenti.

Selepas ditenangkan, Lan Pet Pet kemudian ‘mengumpul’ tenaganya lalu menyambung persembahan santai itu.

“Inilah persahabatan sebenar”

Video berdurasi hampir dua minit itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen terharu dan turut sebak apabila melihat Lan Pet Pet mengalirkan air mata.

Ramai juga yang berkata Lan berkemungkinan sangat merindukan Allahyarham, ruangan komen juga turut dipenuhi dengan kata-kata semangat serta doa buat Allahyarham Hamdan.

image is not available

Al-Fatihah…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.