“Saya Pun Tak Gilakan Order..” – ‘Seller’ Hampir Ditipu, Pelanggan Lenyap Bila Minta Deposit Untuk 4.5K Biji Cromboloni

5 Feb 2024 • 10:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang peniaga yang dikenali sebagai D Kaseh Kaseh telah tular di media sosial ketika dirinya berkongsi kisah dimana dia telah menerima tempahan 4.5K cromboloni frozen daripada seorang pelanggan.

Pelanggan hilang

Namun, peniaga ini diuji apabila pelanggan yang telah menempah sebanyak itu hilang mendiamkan diri apabila dihubungi melalui aplikasi Whatsapp ketika dirinya meminta bayaran deposit.

Saya pun tak gelojoh sebab saya genuine businesswoman. Setiap order perlukan 50 peratus deposit. Apabila invois dibuka dan minta bayaran deposit Whatsapp tak dibalas.

 

Apabila dua kali Whatsapp hanya bluetick maka saya anggap dia tak berminat. Saya pun tak gilakan order sangat sebab nilai dia sangat besar.

Bukan scammer

Bukan itu sahaja, dirinya juga berkata bahawa prosedur membayar deposit terlebih dahulu itu adalah wajib bagi perniagaannya. Hal ini sebagai security bagi mereka. Peniaga ini turut berkata bahawa pembeli tidak perlu takut ditipu olehnya setelah membayar deposit kerana perniagaannya itu bukanlah scam.

Maaf ya segala urus niaga dengan saya perlu deposit dan terus bayar. Jika takut nak bayar saya, nanti tiba-tiba barang tak ada atau takut kami scam, tak perlu risau.

 

Sebab semua orang tahu di mana central kitchen kami dan dah berapa lama kami berniaga.

image is not availableSumber : Facebook  

Selain itu, dia juga turut memberi nasihat kepada penjual cromboloni frozen di luar sana agar berhati-hati dan tidak hanya memikirkan keuntungan di dalam berniaga.

image is not available 4 weeks ago

(VIDEO) "Abang Pernah Bake Ke?" - 6 Jam Beratur Nak Beli Cromboloni, Netizen Bengang 'Owner' Cafe Biadab Dengan Pelanggan