“Saya rasa kembali normal” – Topeng Dipakai Faisal Halim Direka Khas Penyelidik UM

Entertainment
12 Aug 2024 • 1:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong Selangor FC, pasti teruja dengan kemunculan semula Faisal Halim yang sudah lama tidak beraksi susulan tragedi simbah asid yang dialaminya.

Faisal atau lebih mesra disapa Mickey, membuat kemuculan semula ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu lepas.

Pemain sayap itu dilihat memakai topeng muka berwarna hitam sepanjang dalam perlawanan menentang Kelantan FC.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, topeng muka itu bukanlah seperti topeng biasa, sebaliknya ia adalah rekaan khas oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) hasil kajian melalui BioApps Sdn Bhd berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan BioApps Sdn Bhd adalah syarikat spin-off UM yang ditubuhkan di bawah Centre for Applied Biomechanics (CAB), Fakulti Kejuruteraan dan kini menyediakan perkhidmatan prostetik dan ortotik tunggal untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Difahamkan, topeng tersebut direka khas bagi melindungi saraf serta luka di bahagian mukanya yang masih belum sembuh spenuhnya.

Menurut Pakar Prostetik dan Ortotik BioApps Sdn Bhd Muhammad Hazim Kamaruzaman berkata topeng tersebut diperbuat daripada bahan carbon fibre yang lebih ringan dan nipis supaya memberi keselesaan kepada Faisal untuk kembali beraksi di padang.

Faisal mengakui topeng muka khas itu membantu melindungi parut muka beliau semasa menjalani latihan dan perlawanan.

“Saya rasa kembali normal dan selesa untuk beraksi di padang. Mungkin pada pandangan masyarakat, pemakaian topeng muka tersebut agak janggal tetapi saya memerlukannya sehingga luka dan parut muka saya kembali pulih,” katanya.

Sebagai info, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.