”Saya Rasa Korang Salah Faham Ni” – Sharnaaz Ahmad Tampil Perjelas Isu Hubungannya Dengan Amelia Christie?

Entertainment
28 Feb 2024 • 8:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sharnaaz Ahmad Amelia Christie

Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon, Sharnaaz Ahmad didakwa saling ‘unfollow’ akaun media sosial dengan kekasihnya, Amelia Christie.

Sharnaaz dikatakan tidak mahu berkongsi berkaitan hal itu. Walau bagaimanapun, dia berkata yang hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik-baik saja.

Terbaru! Menurut laporan mStar, pelakon itu sekali lagi tampil perjelas mengenai kenyataannya sebelum ini yang berkata sejak awal lagi dia tidak mengiyakan hubungan cinta mereka ketika ditemu bual tempoh hari.

image is not available

Saya rasa korang (netizen) salah faham ni. Apa yang saya jawab itu untuk wartawan bukan untuk korang di luar sana.

Dari awal pun saya tak pernah iyakan pada wartawan fasal saya dan Amelia… Macam mana nak kata putus?

Jadi pada yang tahu dan nampak saya dengan Amelia, yang tahu cukuplah setakat itu.

Bukan tu jer, Sharnaaz juga berharap yang kisahnya dengan Amelia ini tidak menjadi bualan netizen. Apapun, semoga yang baik-baik saja buat mereka.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.