“Aku tak pernah mengiyakan” -Sharnaaz Tampil Perjelas Isu Hubungan Dengan Amelia

Entertainment
28 Feb 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini tular satu temu ramah pelakon Sharnaaz Ahmad yang mendakwa tidak mengesahkan hubungannya dengan pelakon muda Amelia Christie walaupun pernah dilihat sudah pergi bercuti bersama-sama.

Selain bercuti, Amelia juga dilihat beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila dan begitu rapat dengan anak mereka iaitu Jebat Jayden.

Namun, menjadi kecoh apabila peminat mendapati kedua-duanya sudah saling tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing.

image is not available

Tidak mahu orang ramai bercakap tentang dirinya lagi, Sharnaaz sekali tampil memperjelas isu tersebut menerusi hantaran di Insta Storynya.

Katanya, ramai yang salah faham dengan kenyataannya tempoh hari sehingga ramai mula membuat dakwaan sendiri mengenai hubungannya dengan Amelia.

“Aku rasa ampa salah faham ni. Yang aku jawab tu untuk wartawan. Bukan ampa diluar sana.

“Dari awal pun aku tak pernah mengiyakan pada wartawan pasal aku dan Amelia. Macam mana nak kata putus?” katanya.

image is not available

Tambahnya, mencanang kisah peribadi dalam media sosial bukanlah caranya. Justeru, Sharnaaz berharap kisahnya dengan Amelia ini tidak lagi menjadi bualan netizen.

Apa-apa pun kita doakan agar mereka sentiasa bahagia…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.