“Saya Rasa Pelik Untuk Ambil Mikrofon & Menyanyi..” – Lisa BP Buat Pengakuan Jujur

EntertainmentMusic
6 Mar 2025 • 11:08 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Lisa BLACKPINK telah tampil sebagai tetamu dalam program temu bual ‘Jimmy Kimmel Live!’, bagi mempromosikan album solo terbarunya dan juga bercakap tentang debutnya sebagai pelakon.

Ketika berborak, Lisa sempat berkongsi bahawa dia dan pelakon ‘The White Lotus’ yang lain sering pergi karaoke bersama pada waktu lapang, selepas selesai penggambaran. Kongsinya,

Tapi bukanlah setiap malam, hanya pada beberapa malam sahaja. Tetapi ketika karaoke, saya hanya duduk di sudut bilik dan memberi mereka semangat.

Ketika ditanya jika dia akan turut menyanyi bersama, Lisa akui,

Saya tak menyanyi. Saya lebih kepada tarian kerana saya suka menari. Saya rasa pelik untuk mengambil mikrofon dan menyanyi. Terdapat banyak tekanan.

Bagi yang belum tahu, Lisa telah melakukan debutnya sebagai pelakon menerusi siri popular HBO ‘The White Lotus 3’, dengan wataknya sebagai Mook.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved